Pages

Thursday, 18 December 2014


Relaxation Music for Stress.









MENGURUSKAN STRESS

 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1 .      Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2 .      Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.


3 .      Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.


4 .      Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.


Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.


sumber : http://jamilahmil.blogspot.com/2012/09/stres-di-kalangan-guru-faktor-dan- cara.html
               (19 Disember 2014)


FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU


Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada empat faktor utama;
·         
         Faktor diri.
·         Faktor interpersonal.
·         Faktor organisasi.
·         Faktor kekurangan sumber.

1.      Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.


2.       Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.       Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
·         Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
·         Tugasan kerja berterusan (kronik).
·         Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
·         Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
·         Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
4.       Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

sumber : http://jamilahmil.blogspot.com/2012/09/stres-di-kalangan-guru-faktor-dan-cara.html
               (19 Disember 2014)

Monday, 1 December 2014








KESAN NEGATIF STRESS


Jom kita tengok kesan STRESS yang negatif dahulu ! :)
Stress boleh membunuh !,Jadi, jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka.


1.   Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. Kemungkinan dia boleh jadi seorang pendiam atau panas baran, berubah sikap dan etc.
2.   Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.
KESAN POSITIF STRESS.


kesan yang POSITIF ? tapi bagaimana ya ? .. 
* teruskan baca kalau nak tahu ya ;)


Stress boleh dilihat secara positif dan stress positif turut dikenali sebagai Eustres. Eustres dianggap baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan!
Meningkatkan motivasi diri.
# Meningkatkan amalan dan usaha.
# Merangsang individu mempertahan dan melindungi diri.
# Meningkatkan potensi diri.
Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)



So, apa-apa pun yang paling penting POSITIF kan diri dalam apa sahaja. ! supaya kita 
semakin BERMOTIVASI !
* Jom renungkan sejenak ! :)




(http://awlamukhlisah.blogspot.com/2013/07/stress-negatif-stress-positif.html. 02 November 2014)

Faktor atau Punca Tekanan Kerja
Para penyelidik telah mengenal pasti dan mengkategorikan punca-punca tekanan kerja kepada beberapa faktor. Mereka telah mengkategorikan punca-punca tekanan kerja kepada lima faktor iaitu intrinsik kepada pekerjaan, peranan individu dalam organisasi, pembangunan kerjaya, perhubungan di tempat kerja , struktur dan iklim organisasi.
         Selain itu, terdapat beberapa faktor yang berpotensi mewujudkan tekanan kerja seperti faktor individu, organisasi dan persekitaran. Faktor-faktor tersebut boleh mendatangkan kesan kepada tahap tekanan di kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi. Tekanan boleh memberikan kesan positif dan negatif kepada pekerja dan organisasi. Kesan positif tekanan akan menghasilkan satu dorongan atau motivasi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti. Kesan negatif pula boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti pekerja dan organisasi secara keseluruhannya.
      Seterusnya, faktor-faktor yang menjadi punca kepada tekanan kerja iaitu faktor intrinsik kerja, peranan dalam organisasi, hubungan di tempat kerja, pembangunan kerjaya, struktur dan iklim organisasi dan hubungan rumah dengan kerja. Faktor intrinsik kerja ialah keadaan kerja, risiko dan budaya kerja, masa bekerja yang lama, perjalanan, beban kerja yang berlebihan dan penggunaan teknologi baru. Persekitaran fizikal seperti kualiti udara, cahaya, hiasan, kebersihan, kebisingan, perabot dan ruang bekerja juga boleh memberi kesan ke atas minda seseorang dan akhirnya boleh menyebabkan tekanan kerja.

(http://km.anm.gov.my/Artikel/Faktor%20tekanan%20di%20tempat%20kerja.aspx. 02 NOVEMBER 2014)




Gejala Tekanan Kerja


Tekanan kerja yang berterusan yang dialami oleh seseorang itu boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada individu yang terlibat. Tekanan kerja boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesan yang mempunyai simptom ke atas fisiologikal, psikologikal dan tingkah laku. Kesan dan simptom fisiologikal ini pula dibahagikan kepada kesan jangka pendek seperti sakit kepala dan kesan jangka panjang seperti ulser, tekanan darah tinggi dan serangan jantung serta kesan tidak menentu seperti mengalami perut berasid. Kesan psikologikal pula seperti mengalami apathi, menjadi pelupa, perasaan ketidakpuasan hati dan terganggu. Manakala kesan dari segi tingkah laku di antaranya ialah kehilangan selera makan, kekurangan atau pertambahan berat badan, perubahan dalam tabiat merokok, perubahan dalam tabiat meminum minuman keras dan perubahan mendadak dari segi rupa diri.
Perlu diketahui bahawa hampir semua sistem dalam badan terlibat untuk bertindak balas terhadap tekanan. Walau bagaimanapun, tindak balas oleh sistem kardiovascular, penghadaman, otot-otot adalah yang paling ketara. Tindak balas ini dikenali sebagai melawan atau menghindar. Tanpa mengira jenis tekanan yang dialami, badan bertindak balas dengan cara yang serupa iaitu penyaluran darah yang meningkat kepada jantung dan otot-otot, meningkatkan tekanan darah dan mengeluarkan adrenalin ke dalam sistem badan. Sistem penghadaman menjadi perlahan manakala otot-otot menjadi tegang bersedia untuk bertindak atau melawan.
Dari segi kesan atau impak, gejala tekanan boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu kesan kepada individu dan kesan kepada organisasi. Kesan kepada individu pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesihatan, psikologi dan tingkah laku. Kesan kepada kesihatan ialah seperti mengidap penyakit jantung, strok, sakit belakang, ulcer, sakit kepala dan penyakit kulit. Kesan psikologi ialah masalah keluarga, gangguan tidur, masalah seksual dan kemurungan. Kesan kepada tingkah laku adalah seperti kuat merokok, mengambil minuman keras yang berlebihan, penyalahgunaan dadah, keganasan dan kehilangan atau pertambahan selera makan yang mendadak. Manakala kesan ke atas organisasi pula ialah ponteng kerja, penurunan dalam prestasi kerja, motivasi menurun, tiada kepuasan atau keseronokan bekerja dan permusuhan sesama pekerja.


http://km.anm.gov.my/Artikel/Faktor%20tekanan%20di%20tempat%20kerja.aspx. 02 NOVEMBER 2014)
Penemuan Mengenai Konsep Tekanan
       
         Kajian mengenai konsep  tekanan  telah diperkenalkan oleh Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye, seorang penyelidik yang  ternama di abad ke 20 telah menyumbangkan satu konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, sebagai seorang pelajar perubatan tahun kedua, beliau pertama kalinya telah mengenal pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit dan memanggil keadaan ini sebagai ’sindrom baru jatuh sakit’ (syndrome of just being sick). (Selye,1974). Dengan sindrom baru jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan ujikaji pelbagai stimulus tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS(General Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan atau amaran (alarm phase), penolakan(resistance phase) dan keletihan (exhaustion phase). Tanda-tanda peringkat amaran telah berlaku sebagai contohnya ialah apabila badan mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat penolakan berlaku ialah apabila badan berusaha untuk melawan tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan ialah apabila penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.


(http://km.anm.gov.my/Artikel/Faktor%20tekanan%20di%20tempat%20kerja.aspx. 02 NOVEMBER 2014)


TEKNIK MENGATASI STRESS DAN TEKANAN PERASAAN.



Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya.

Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.

Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya.

Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.

Teknik Melegakan Stress 

Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.

5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.

6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.

8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.

9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunselinG.

(http://anizyn.blogspot.com/2008/10/teknik-atasi-tekanan-perasaan-stress.html#ixzz3KhOHwZxQ. 02 November 2014)
Tekanan di tempat kerja
            Kebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap mengenai tekanan. Kita bukan hanya dapat mendengarnya melalui perbualan harian tetapi juga dapat mendengar dan mengetahuinya melalui televisyen, radio, surat khabar dan di dalam persidangan-persidangan, di dalam institusi-institusi dan dalam kursus-kursus di universiti yang menjurus ke arah topik tekanan. Pernyataan ini disokong oleh ramai para sarjana yang menyatakan tekanan adalah merupakan satu realiti yang tidak dapat dielak dalam kebanyakan persekitaran pekerjaan. Tekanan sudah dianggap sebahagian daripada perkara yang harus ditempuhi di dalam kehidupan dan ada yang mengatakan tekanan adalah rempah ratus kehidupan pada masa kini.
             Tekanan kerja telah menjadi satu perkara atau bidang keutamaan yang bukan sahaja diperkatakan dalam sektor akademik tetapi juga dalam sektor industri dan juga sektor kerajaan. Tekanan kerja semakin menjadi perhatian kepada majikan-majikan dan kerajaan sejak lebih daripada 20 tahun. Dewasa ini, tekanan telah menjadi satu agenda yang utama kerana ianya berpotensi memberikan kos kepada individu dan juga organisasi dalam melaksanakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja dan tekanan juga berisiko untuk mendatangkan pelbagai kerosakan. Tekanan berkaitan kerja pada masa kini adalah cabaran terbesar terhadap aspek kesihatan orang-orang yang bekerja dan aspek kesejahteraan bekerja di dalam sesebuah organisasi. Adalah dilaporkan bahawa kos yang berkaitan dengan tekanan sangat besar di mana organisasi-organisasi yang terlibat kehilangan di antara US$100 hingga US$300 bilion setahun. Kos-kos ini termasuklah ketidakhadiran bertugas, kemalangan, perbelanjaan kesihatan dan penurunan dalam produktiviti.


(http://km.anm.gov.my/Artikel/Faktor%20tekanan%20di%20tempat%20kerja.aspx. 02 NOVEMBER 2014)



Bagaimanakah stress mempengaruhi seseorang pelajar?


Stress atau tekanan akan memberi kesan fisiologi, pslkologi dan fizikal kepada individu.

Kesan positif

·         Tekanan di paras sederhana boleh meningkatkan keupayaan individu dalam perlaksanaan tugasnya untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang.Seterusnya,juga boleh meningkatkan tahap kesedaran, kewaspadaan dan pencapaian seseorang.
·          
·         Tekanan boleh menjadi satu aspek pembelajaran yang positif sekiranya pelajar menganggap tekanan sebagai satu cabaran yang boleh mempamerkan peningkatan kapasiti untuk belajar


Kesan Negatif


·       1. Kesan-kesan fisiologi seperti pemafasan menjadi laju, sesak nafas, berpeluh dan kekejangan  pada otot-otot. Selain itu, kesan-kesan psikologi adalah seperti ketidakupayaan untuk berfikir dengan baik,keluh kesah dan perasaan tidak menentu . kesan-kesan fizikal seperti penyakit-penyakit darah tinggi, sakit kepala, migrain,lelah dan sakit  jantung.
·      2. Merendahkan motivasi seseorang untuk mencapai sesuatu yang baik seperti dalam pencapaian akademik
·         Tekanan di paras yang tinggi boleh memberi kesan yang buruk terhadap individu.Contohnya, di peringkat persekolahan, apabila pelajar tidak berupaya untuk mengurus tekanan atau stress yang dialaminya, pelajar tersebut akan mengalami kelesuan fizikal, psikologikal atau emosi akibat dari terdedah kepada tekanan yang  berterusan.
·         3. Penurunan pencapaian akibat dari tekanan boleh juga dikaitkan ke atas proses kognitif individu seperti pelajar mempunyai kesukaran untuk memberi tumpuan atau tumpuan mudah terganggu semasa belajar , daya ingatan terganggu ,kadar tindak-balas menurun, keupayaan pelajar untuk merancang dan mengurus sesuatu juga menurun. 
·         kerap berlaku kekeliruan dan kecelaruan fikiran. Hal ini telah menyebabkan mereka meningkatkan kadar membuat kesilapan dan keputusan.
·        4.Masalah kesihatan. contohnya, stres akan menyebabkan kita bernafas dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah pernafasan tidak terkawal (rapid breathing) atau dikenali sebagai hyperventilation yang boleh menyebabkan serangan panik (panic attack)


(http://6r4-pa.blogspot.com/2012/08/stres-dalam-kalangan-pelajar-by-lum-ka.html. 02 November 2014)









STRESS DALAM KALANGAN PELAJAR


Apakah punca stres pelajar?



Tekanan berpunca dari faktor luaran dan dalaman.

Factor luaran seperti suasana sekeliling,tuntutan-tuntutan terhadap diri serta peraturan-peraturan dalam masyarakat.
           Faktor dalaman adalah berpunca diri seseorang,dari segi tret-tret personaliti,cara berfikir dan pandangan serta penerimaan seseorang terhadap dirinya.
Bagi pelajar-pelajar pula berpunca dari segi akademik,sosial,masalah kewangan. Contohnya, pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengansistem pengajaran yang berbeza dan terpaksa berhadapan dengan persaingan akademik yang banyak. Sikap suka bertangguh juga merupakan salah satu punca stress.

Krisis Identiti dalam kalangan remaja




Apakah Krisis Identiti?
Isu identiti sering berbangkit apabila kita menilai arah tuju sesuatu kelompok dalam kehidupan. Generasi muda sering dikaitkan dengan identiti kerana mereka sedang dalam proses belajar dan mencari makna hidup dan kehidupan.

Apabila pengaruh budaya dan pemikiran datang dari sumber lain dan telah mempengaruhi kehidupan remaja, remaja dikaitkan dengan masalah krisis identiti. Identiti dikaitkan dengan asas-asas yang fitrah yang sedia ada bagi sesuatu bangsa itu. Ia merujuk tentang budaya gaya hidup, pemikiran dan sistem nilai.

Bagaimanakah Krisis Identiti Meyebabkan Stres?
Pada waktu begini remaja akan bertanyakan soalan seperti“ Siapakah saya?”, “Apakah hala tuju hidup saya?”, “Apa imej yang sesuai dengan diri saya?” dan pelbagai persoalan yang timbul.

krisis identiti ini sentiasa menyebabkan golongan ini tidak tahu membuat sesuatu keputusan, kerana meraka mudah terpengaruhi oleh faktor-faktor luar, seperti trend-trend baru, iklan, serta program realiti TV.

Ketidakmampuannya untuk membuat keputusan serta mengenal pasti hala tuju diri sendiri akan menyebabkan stress dalam kalangan pelajar.

Iklim sekolah 


Pengenalan kepada Iklim Sekolah
Iklim sekolah ini dapat ditakrifkan sebagai cara individu di dalam sekolah, tidak kira daripada guru besar hinggalah ke murid untuk mencapai suasana sekolah yang kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanakah Iklim Sekolah mempengaruhi Pelajar?
Iklim sekolah yang baik ialah satu keadaan persekitaran sekolah dan suasana sekolah yang sunyi, aman, sesuai dan kondusif untuk guru dan pelajar menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan juga sekolah yang bersih dan selamat Selain itu terjalin hubungan yang baik, mesra di antara guru besar guru-guru, murid-murid dan ibu bapa di sekolah tersebut. 

Sebaliknya, iklim sekolah yang kurang baik akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran serta tidak dapat mencungkil ilmu dengan efektif.
Kesannya, pelajar-pelajar akan menghadapi kesusahan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tersebut mengalami stres.

Unit Bimbingan dan Kauseling
Apakah Unit Bimbingan dan Kauseling?
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.  Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok.
Kaunseling mempunyai pelbagai erti, mengikut pendekatan yang mempraktikkannya. Antara definisi yong diutarakan terdapat banyak persamaan, misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kauseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat sesuatu pilihan yang telah dibuat.

Apakah Peranan Kaunselor di Sekolah?


Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah-masalah stres memerlukan pertolongan kauselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya.

Kaunselor-kaunselor berperanan untuk:
i. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami

sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang­peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan­hubungan di antara yang tersebut di atas.

ii.  Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.

iii.  Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.

iv.  Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.

v.  Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko­sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.

vi.  Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan­perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.

vii.  Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan­keperluannya dan peluang­peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.

viii. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.

ix.  Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang­peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.

x.  Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber­sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.

xi.  Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan­jabatan kerajaan seperti JKM, LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga
dan lain­-lain.

(http://6r4-pa.blogspot.com/2012/08/stres-dalam-kalangan-pelajar-by-lum-ka.html. 02 November 2014)