Pages

Monday, 1 December 2014

Penemuan Mengenai Konsep Tekanan
       
         Kajian mengenai konsep  tekanan  telah diperkenalkan oleh Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye, seorang penyelidik yang  ternama di abad ke 20 telah menyumbangkan satu konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, sebagai seorang pelajar perubatan tahun kedua, beliau pertama kalinya telah mengenal pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit dan memanggil keadaan ini sebagai ’sindrom baru jatuh sakit’ (syndrome of just being sick). (Selye,1974). Dengan sindrom baru jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan ujikaji pelbagai stimulus tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS(General Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan atau amaran (alarm phase), penolakan(resistance phase) dan keletihan (exhaustion phase). Tanda-tanda peringkat amaran telah berlaku sebagai contohnya ialah apabila badan mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat penolakan berlaku ialah apabila badan berusaha untuk melawan tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan ialah apabila penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.


(http://km.anm.gov.my/Artikel/Faktor%20tekanan%20di%20tempat%20kerja.aspx. 02 NOVEMBER 2014)


No comments:

Post a Comment