Pages

Monday, 1 December 2014

PUNCA-PUNCA STRESS 

Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja.
              Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa.
         Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan masalah tersebut.


(file:///C:/Users/JM/Downloads/punca-punca%20stress.pdf. 02 November 2014)

No comments:

Post a Comment